Pages

Thursday 2 August 2012

rawatan batu karang dalam hempedu


Kaedah asas rawatan Islam:

Semua rawatan ini dilakukan selama seminggu.

1. Dengar cd ruqyah. Boleh download percuma ruqyah barah yang dihasilkan oleh ana sendiri. (Download link: http://www.ziddu.com/download/14032180/Ruqyahbarahdanjantung.wma.html). Ini akan mengurangkan stress. Selain itu, keraplah pergi ke majlis zikir seperti di pondok-pondok atau di Masjid yang kerap menganjurkan majlis zikir dan ceramah.

2. Jumpa perawat Islam untuk diruqyah setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3. Elakkan minum air paip kerajaan walaupun telah dimasak. Air bio aura atau Imtiyaaz atau penapis air Dew atau apa jenis air bertapis teknologi nano sahaja disyorkan jika mahu alternatif murah mendapatkan air mineral/R.O.

4. Air zamzam - diminum dengan niat dan doa.



Rawatan Tradisional
Semua rawatan ini dilakukan selama seminggu.

1. Segenggam kacang walnut digoreng hingga garing. Kemudian dihancurkan dengan blender atau penumbuk lesung dan ditambah minyak zaitun atau minyak kelapa dan digentel seperti majun. Baca surah al-fatihah dan al-fil, tiup pada majun itu. Makan tiga kali sehari untuk seminggu (21 genggam walnut).

2. Minum air kelapa bakar setiap hari selama seminggu yang telah ditiup dengan surah al-fatihah dan al-fil, Atau;

3. Ambil buah Belimbing wuluh atau Belimbing Keris serta kulit, daun, bunga dan akarnya. Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, masuk dalam gelas,  tiup dengan surah al-fatihah dan al-fil untuk diminum.


Jika simptom sakit berkurangan, maka teruskan rawatan ini sehingga sembuh.

No comments:

Post a Comment