Pages

Thursday 2 August 2012

Batu Karang Dalam Hempedu

Apakah Dia Batu Hempedu?Batu hempedu (gall bladder stones) terhasil dari pengumpulan sisa-sisa kolestrol dan pigmentyang tidak dapat disingkirkan dan dicernakan oleh cecair hempedu (dihasilkan dihati) didalampundi hempadu (bile duct). Pengumpulan bertahun-tahun dari sebesar pasir hingga sebesar telur angsa, pada mulanya tidak dirasai hinggalah gejala-gejala diatas timbul. Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, maka proses pencernaan lemak dan  kolestrol semakin kurang efektif lalu cecair hempedu dan kolestrol memasuki sistem darah menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salurdarah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang, usus dan sebagainya.Mengapa Penyakit Ini Semakin Lumrah Pada Zaman Ini???Keadaan ini terjadi akibat tubuh tidak lagi dapat berfungsi secara efektif dalam menyingkirkantoksin dan menguatkan sistem pertahanan badan (defence mecanism). Antara yang menyumbang kepada keadaan ini adalah cara hidup moden yang serba mudah, kurang aktiviti fizikal, makanan yang banyak kolestrol, lemak, bahan perasa, pewarna sintetik, pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok, ubat-ubatan mengandungi dadah, X-ray, kemoterapi, radioterapi, antibiotik, tekanan persekitaran, dadah sintetik dan lain-lain lagi.


Batu Karang Dalam Hempedu 
Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini. 

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu 
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut 
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati 
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas 
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab 
5. Badan rasa tidak bermaya 
6. Kurang selera makan 
7. Demam 
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan makanan berminyak 

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu 
1. Kerosakan Hati & Pankreas 
2. Hepatitis B (demam kuning) 
3. Kematian 




Rawatan 
Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
batuBatu-batu yang dikeluarkan ketika pembedahan. Ngerikan…
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.








2 comments:

  1. salam sis.....sy nak tanya....ape mknn yg kita perlu avoid bile dah buang hempedu tu sbb hempedu dah rosak....

    ReplyDelete
  2. Tetap mesti Elakan makanan bermyk n lemak..kecual yg ada vit. Yg hnya boleh larut hnya oleh mnyak.. cair kn hempedu dgn regim detox stiap 3 bulan...stiap hari hati kita menghasil 1 liter bile jus yg pahit n brph 9.5

    ReplyDelete