Pages

Wednesday 29 June 2011

hari-hari berlalu


Saban hariku
Menunggu suatu keajaiban mungkin
Membawa mimpiku menjadi realiti
Menerbangkan aku bersama-sama rindu
Bertemu padamu ayah

Sehari hariku
Mencipta puisi buatmu yang terindah
Dan dalam puisi itu kulakar rindu
ukiran urat wajahmu kukira lukamu
Hanya ibu yang tahu

Hari hari ku
Penuh kisah indah dan duka 20 tahun lalu
Masih membayangi hidup ini lagi
Tidak bisa ku lupa kuluah rasanya
Kerna terlalu pilu

Hari harimu
Masih tercatat dalam mindaku itu
Engkau kekeringan peluh dipukul hidup
Engkau melakar senyuman dikala duka
Engkaulah inspirasi ku
Setiap harimu
Berselimut lara menggendong beban
Sedang aku hanya kaku melihat keluh
Kepayahan hidup kau rasa biasa
Sedang aku terasa

Hari hari itu
Seakan memahami keluhan matamu
Rintitan hidup kesengsaraan kau lalui
Mengapa engkau tiada rasa penat
Kulihat engkau tenat

Hari hari ku
Berdoa engkau berada disamping-Nya
Diberkati bersama orang kesayangan-Nya
Kami senantiasa merindui mu
Bertemulah kita suatu masa

_sesuatu yang sangat berharga_

ada band...layan lagu nih...

Tuesday 28 June 2011

bagiKu senYuman itU......


Senyum adalah bahasa terindah dalam kehidupan seharian.... Xplu berkata2. Senyum keris yang paling tajam untuk meluahkan rasa2 d dada... Xplu berkata2.Senyum senjata yang paling hebat dalam melawan musuh...xplu berkata2. Senyum teman yang paling memahami d kala hati duka..xplu berkata2. Senyum pengikat 2 hati yang berbeza lalu bersatu dalam bibit cinta teragung...xplu berkata2. Senyumlah cara yang paling sopan untuk bersyukur dan berterima kasih sesama insan... Xplu berkata2. Senyumlah andai aku yang kau rindu selalu.....xplu berkata2.  

26/07/2011 mas_carnine

suami jugak ayah


'khabarnya kau berusaha menunaikan hasrat isteri dan anak2mu tuk menceriakan hari2 mreka namun terkadang kau alpha sehingga tersinggung hati mreka, dengar2 kau mencuba melengkapkan luar dan dalam isteri dan anak2mu tuk mreka tersenyum sentiasa namun tkadang kau lupa masa tidak menunggu mcuba segalanya, desas desus dari utara ke timur kau mungkin berubah hati tidak lagi sehaluan jalannya ibu namun yakinlah selalu.. kami sentiasa myokong kau walau ianya myakitkan hati kami kerana apalah gunanya jika cinta itu terkongkong dalam rutin kemanusiaan, cinta tiada keterbukaan hidup kita, ayah, buat lah dengan ikhlas dan jujur walau kita terpisah jauh sebab kami pasti memahami kamu sedang buat yang terbaik yang termampu...kami pasti tidak ambil hati....janganlah kita terikat dengan peraturan yang kita bina dalam rutin seharian atau terpaut pada kata2 manusia yang mungkin memberi kesan sangat dalam hati. Berfikir jangan guna emosi dan bertindak mengikut keadaan.... toleh kanan toleh kiri pandang bawah pandang atas...ingatlah setiap kata pasti membawa impaknya..baik atau buruk terpulanglah pada diri menilainya...kehidupan ini terletak di tangan kita bukan di tangan mereka tetapi ia dah tertulis sejak azali....sesekali kita jauhi bisikan iblis durjana...dan berpijak di bumi Illahi yang nyata. Teruskan kehiudpan walau ianya membuat hati kita hati mereka menangis kerna ia sebahagian dari ujian Illahi....selagi nyawa di kandung badan selagi itu perjuangan kita belum selesai.....hari ini adalah kenangan masa depan dan masa hadapan itu sukar kita jangka keajaibannya.kami sayang ayah selalu, aku sangat sayang namun ditakdir kita memisahkan untuk mencari kehidupan masing-masing yang lebih baik dari kemarin dari hari ini...senyum selalu'

nukilan dari mas_carnine@manja
_sesuatu yang ternilai sukar dinilai,kenapa?_