Pages

Thursday 12 July 2012

kanser rahim @ serviks


Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.

Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel.

Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.
Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut :
Peringkat 0
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain
Peringkat I
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak
Peringkat II
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.
Peringkat III
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj.
Peringkat IV
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan

Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang membangun
Faktor risiko yang berkaitan dengan pertumbuhan sel kanser adalah seperti berikut :
  • Memiliki banyak pasangan seks
  • Memulakan hubungan seks pada usia muda
  • Tidak menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks
  • Anda atau pasangan anda memdapat jangkitan ketuat alat kelamin (Genital Wart)
  • Pernah dijangkiti virus papiloma manusia, terutamanya daripada jenis 16818
  • Merokok
  • Latar belakang sosioekonomi yang rendah
Gejala atau simptom bagi kanser pangkal rahim termasuklah :
  • Lelehan faraj yang tidak normal
  • Pendarahan dari faraj yang tidak normal – diantara waktu haid ,selepas melakukan hubungan seks, kesakitan semasa haid dan juga selepas putus haid.
  • Sakit belakang
  • Hilang selera makan dan berat badan menurun.
  • Mengalami masalah membuang air kecil dan air besar
  • Sakit di bahagian pelvis – biasanya merupakan gejala yang lewat.
Ujian – Ujian
Berikut adalah beberapa kaedah yang dilakukan untuk mendiagnos kanser pangkal rahim:

  • Mengambil rekod kesihatan pesakit. Doktor akan bertanya tentang sejarah latarbelakang peribadi dan keluarga yang relevan khususnya yang ada kaitan dengan faktor-faktor risiko yang diketahui boleh menyebabkan kanser.
  • Pemeriksaan fizikal. Doktor akan menjalankan pemeriksaan luaran dan juga dalam faraj dan pangkal rahim.
  • “PAP smear”. Ini merupakan satu ujian saringan untuk kanser pangkal rahim
Pencegahan
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko. Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.

  • Amalkan cara hidup yang lebih sihat
  • Berhenti merokok
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Amalkan hubungan seks yang sihat
  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal.
  • Jalanilah ujian saringan secara kerap
  • Ujian saringan untuk kanser pangkal rahim, merangkumi pemeriksaan pelvis dan juga ujian PAP smear yang membolehkan kanser dikesan di peringkat awal. Rawatan boleh diberikan sebelum pertumbuhan kanser tersebut. Ini telah terbukti dapat mengurangkan perebakan kanser sebanyak 90 %.
Langkah pencegahan yang terbaik adalah dengan menjalani ujian PAP Smear secara berkala.
my word is------> bukan sahaja kena jaga kebersihan diri  yang luar dan dalamtapi pakaian, makanan, tempat tinggal, dan sebagainya~~~~~ hidup gaya sihat.

13/7/2012 ----> nukilan sgt berharga.
dari meja opis......