Pages

Thursday 14 July 2011

Kanser Rahim

Wujudnya 2 jenis kanser rahim : kanser serviks dan kanser korpus

1) Lokalisasi:

Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif.

Lokasi tumors ganas:

- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau
  endometrium.  20-25 dari 100,000 orang wanita dipengaruhi setiap tahun, tak kira berapa umurnya dan ia
  bermula pada umur 25. Ia kerapkali berlaku pada wanita di negara sedang membangun, Amerika Selatan, China,
  Asia Timur Selatan dan Afrika.
- Atau di dalam rahim (kanser korpus). 20-25 dari 100, 000 orang wanita setiap tahun, terutamanya di Amerika
  Syarikat dan Kanada : 30 kali lebih banyak di California dibanding dengan Jepun
 
2) Faktor risiko:

Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.

a) Kanser serviks: kurang kebersihan
    - Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak
      jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang
      tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan).
    - merokok.

b) Kanser korpus:
    - tidak mengandung;
    - obesiti;
    - Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Sebaliknya, pil kontraseptif mengurangkan risiko, bahkan 5 tahun selepas berhenti mengambil pil. Progesteron melindungi rahim.

3) Perkembangan:

Kanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.

4) Simptom:

- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

5) Diagnosa:

- serviks: - Pap smear dan teknologi "bright light" yang terkini dipanggil spekuloskopi dilakukan serta-merta
  selepas Pap ; - biopsi;
- pemeriksaan pundi kencing dengan sistoskopi, urografi.
- korpus: - histerografi (X rays di dalam kaviti) ; - ultrasound; - histeroskopi; - biopsi.
- ujian petanda tumor: SCC , Cyfra 21-1.

6) Rawatan:

bergantung kepada saiz, peringkat dan gred penyakit tersebut.
- terapi hormon;
- surgeri : pembuangan rahim (histerektomi);
- radiasi: radioterapi diguna sebelum surgeri untuk menyusutkan tumor sebelum ia dapat dibuangkan.
  Radiasi dilakukan samada di luar (radiasi bertumpu pada tumor), atau di dalam (letakkan radioaktif di
  vagina untuk beberapa hari), kadang-kala kedua-dua cara digunakan.

7) Rawatan susulan:

selalu membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada perubahan kesihatan.
- kadar mengubati serviks adalah tinggi : dekat sehingga 100%, bila tumor dirawat pada peringkat mikroskopik ;
  80-85% bila belum merebak ke luar serviks; adalah susah untuk membuat rawatan bila tumor sudah merebak ke
  bahagian lain.
- korpus: pemeriksaan klinikal, ultrasound.
Bagi kedua-dua serviks dan kanser korpus, petanda tumor adalah ujian penting.

8) Pencegahan:

- serviks : seks yang selamat: kondom digunakan untuk megurangkan risiko; Ujian Pap yang sistematik :
  dijalankan pada umur  20, 21, kemudian setiap 3 tahun. Ujian ini tidak perlu selepas umur 55 (dengan keadaan
  dimana ujian ini selalu dilakukan pada tahun yang lebih dahulu !)
- korpus: lakukan pemeriksaan klinikal dengan segera jika ada sebarang pendarahan.
- jalankan ujian petanda tumor.


Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.

No comments:

Post a Comment