kids
melihat tangisan mu,...hati ibu terasa sayu anakku.... sapulah tiap titisan air matamu....jangan biarkan ia mengalir membasahi pipimu yg gebu itu.... ibu, sayang padamu selalu dan selamanya..... jika, suatu hari ibu mu ini telah tiada dan menghembuskan nafas terakhir lebih dahulu dari kmu.... bacalah pesan ibu ini selalu,... ingatlah sayangku, tiada nilai yang boleh membeli tiap butir-butir kasih dan sayang selama hayat ibu di dunia ini. Ibu mendoakan kebahagian bersama orang kesayanganmu sepajang hidupmu, selalu mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat bekalan di alam lain nanti..... dan memohon kepada Allah swt agar anak-anak ibu akan menjadi insan berguna kepada mereka2 yang memerlukan bakti kamu walau di mana jua anak-anak ibu berada. Ibu, sayang anak2 ibu.
senyumlah selalu anak-anak ibu yang tersayang dalam hati, belajarlah menghayati hidup ini dengan lebih tabah dan jiwa yang kental. sayangku, engkaulah kekuatan dan inspirasi ibu. Keindahan hidup ini mengajar ibu menghargai hidup ini dengan seadanya.
andai satu hari nanti anak-anak ibu berasa sedih dan masam sahaja..... ingatlah doa2 ibu buat anak-anak ibu yang kekal selamanya..... bayangkanlah ibu selalu di hati dan sentiasa dekat dalam hidup anak-anak ibu. sayang anak-anak ibu. Ibu harap blog ini akan sentiasa menenami anak-anak ibu....bacalah selalu....
sayangku, lindungilah mereka2 yang memerlukan khidmat mu. Jauhkanlah diri kamu dari bahaya yang merosak akhlak dan peribadi mulia...... Jagalah maruah diri seperti kasih dan sayang ibu..seperti cinta ibu buat anak-anak ibu...... maruah anak ibu adalah maruah ibu........ anak-anak ibu, hargailah cinta dan kasih sayang ini. simpanlah buat titipan generasi kita.
nukilan hati,
akid_mas_farha
sayang itu hanya lahir dalam hati manusia pabila resah sudah bermaharajalela.....
No comments:
Post a Comment