Pages

Tuesday, 16 August 2011







Salam merdeka.....salam merdeka raya buat semua warga malaysia.....tanah tumpahnya darahku..... Lihatlah senyuman kanak-kanak kecil ini yang gembira selalu.... tidak kah terasa di hati kita agar terus mempertahankan merdeka yang kita miliki kini..... bagaimana jika kemerdekaan kita dinodai oleh kuman2 kecil yang merosakkanya. bagaimana nasib anak kita nanti??? akan senyum begini kah nanti jua??...... dan, andai kata merdeka itu kita jaga bagai menatang anak yang penuh maka percaya lah anak-anak ini waris kemerdekaan.erm time tuh kita dah tua dah xble ikut perhimpunan lagi....duduk di rumah shj tengok tv sambil makan kek mudah di kunyah..... Jd,... patutka kita biarkan kemerdekaan kita pada hari ini di rosakkan oleh mereka2 yang kurang didikan merdeka itu....mungkin mereka merdeka tapi ada hal yang mereka tidak merdeka lagi kan...contohnya....MINDA MASIH DIJAJAH.... TAHUKAH KITA,  kuasa merdeka terletak pada tangan kita.....kita orang melayu.....kita orang 1 bangsa.... kita orang sabah......kita orang sarawak.. kita orang cina, kita orang india....kita pelbagai ragam dalam 1 medan pertempuran yg jarang2 dimilliki oleh mana2 negara di dunia ini...ya kan??? kita kekal bersatu. owh bru terfikir.... Selama ini...kita di dalam 1 Malaysia hidup maju makmur aman damai berjaya gilang gemilang..tetiba shj ada perosak cuba menodai hak kemerdekaan kita. Mereka cuma kuman2 kecil..... yang hatinya gusar sebab ketidakpuashatian terhadap akan permintaan mereka yang remeh temeh..... Saya berbangga menjadi rakyat malaysia. Kita dalam  banyak negeri tapi hidup berkeluarga....... tidak mau dijajah orang Inggeris lagi..."NO MORE'...... hati ni mau merdeka ini menjadi milik anak cucu di belakang hari.....mau mereka juga merasa MERDEKA ini menjadi waris tuk mereka yang bakal menyambung perjuangan ini. 
Negara kita memiliki semua aspek....kita ada pakar IT,Pakar ekonomi, Jaguh sukan, Jutawan dan macam2 pakar....jauhi jajahan /campurtangan kuasa luar.....
http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka ----->baca ini


Salam MERDEKA RAYA..... warga malaysia.... kita satu bangsa satu negara kita punya satu matlamat.... kekalkan lah merdeka ini spt lagu jalur gemilang ini "merah mu bara semangat waja, putih mu bersih budi pekerti, kuning berdalut payung negara dan biru perpaduan kita semua".... semarakan jiwa merdeka. .......kibarkan jalur gemilang....... tahun ini sangat terasa jiwa merdeka kita..... bendera  malayisa dan bendera negeri masing2 berkebar megah di setiap pelusuk negeri. Kita harus berbangga bahawa MERDEKA KITA lebih 50 abad sudah..... kita hanya negara yang kecil di atas muka bumi ini tapi negara yang sangat besar di mata dunia kini..... kita dapat kekalkan sehingga 50 tahun lebih merdeka kan....  Sama-sama kita mengekalkan merdeka ini. Sama-sama kita mengorak langkah tuk mempertahankan kemerdekaan ini...... bergembiralah selalu..kita telah merdeka....jauhi perkara2 negatif durjana...
Akhir sekali, jika ada tersalah bahasa dan tersilap ungkapan atau terkasar istilah harap jgn di simpan dlm hati... yang baik itu dtang dr Allah swt dan yang buruk itu dr diri saya sendiri. Harap di maafkan. apa yang penting KERJASAMA................
 BERKIBARLAH...BERKIBARLAH JALUR GEMILANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 MALAYSIA...... 
MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA MERDEKA!!!

by me, hati yang merdeka...............saya anak merdeka.
~~akid_nining_manja~~
"jangan kita dijajah lagi.............ingat itu!!"

Sunday, 31 July 2011

rahmatilah kami..................

we are family....we care each other.... we love each other....
"selamat hari ibu......" bagi kami hari2 adalah hari ibu................ kasih sayang untuk anak2 ku selalu..... setiap hari adalah hari ibu dan setiap hari adalah hari kasih syang.... moga kasih sayang ini akan kekal berpanjangan seumur hidup kami..... di bulan Ramadhan yang mulia ini ku bermohon agar kasih sayang terjalin ini bertambah2 kukuh serta dirahmati_Nya selalu. Biarlah kami terus tersenyum begini senantiasa....setiap waktu tak kira di mana jua..... sememangnya kehidupan ini sangat unik... Tuhanku, ku bersyukur di kurniakan anak-anak yang comel dan lucu sangat..... Inilah kebahgiaan ku sepanjang hidup ini. alhamdullillah.

Monday, 18 July 2011

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.





"bila memikirkan sesuatu,.... dulu...anak tuh mcm perkara biasa sbb time tuh belum ada anak lagi... tengok anak orang aduh mcm xda perasaan la cuma rasa comel sangat2 kan... dulu tuh rasa nak enjoy sj... xda fikir pon nak kawin..kekadang fikir2 lagi knapa mau kawin?? masih muda lagi harus menamatkan zaman bujang dengan melakukan perkara2 best sbb bila dah kawin suma tuh dah xda lagi dah.... suma dah berlalu kan.... time bujang dulu tuh time saham masih tinggi mmg sangat hebatlah.... suma mau d sempurna kan untuk tidak melepaskan event2 yang hangat dan sensasi..semua harus d cuba.... ada tuh kawan2 aku yg sampai menganggap menggugurkan anak adalah perkara biasa.  syukurlah aku tidak pernah melibatkan diri dalam hal gugur anak nih. masih terkawal....  anak nih sebenarnya adalah harta dunia akhirat. aku syang anak aku nih...  apa pun terjadi aku tidak pernah menyesal melahirkan anak nih dan kawin seawal 20-an pun aku tidak menyesal..... adanya anak nih bertambah kasih sayang ku setiap hari. aku tidak pernah mgikuti aktiviti clubing2, aktiviti yg tak bermanfaat dan myusahkn diri lagi...harap2 aku terus begini contoh kepada anak2 ku nanti. Kehidupan ini sangat indah dengan kehadiran anak-anak. Itulah anugerah yg paling indah tuhan beri aku. Alhamdullilah........ walau getir hidup nih tetap ku gagahi jua.... moga Illahi sentiasa meredhai dan merahmati kehidupan aku dan anak-anakku....


hati yang terpilu...
manja_carnine
_perkataan kolot mu tidak melemahkan keghairahaku untuk hidup_

Thursday, 14 July 2011

Kanser Rahim

Wujudnya 2 jenis kanser rahim : kanser serviks dan kanser korpus

1) Lokalisasi:

Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif.

Lokasi tumors ganas:

- Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim. Ini adalah kanser mukosa atau
  endometrium.  20-25 dari 100,000 orang wanita dipengaruhi setiap tahun, tak kira berapa umurnya dan ia
  bermula pada umur 25. Ia kerapkali berlaku pada wanita di negara sedang membangun, Amerika Selatan, China,
  Asia Timur Selatan dan Afrika.
- Atau di dalam rahim (kanser korpus). 20-25 dari 100, 000 orang wanita setiap tahun, terutamanya di Amerika
  Syarikat dan Kanada : 30 kali lebih banyak di California dibanding dengan Jepun
 
2) Faktor risiko:

Kebanyakannya pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.

a) Kanser serviks: kurang kebersihan
    - Kebersihan seks: ramai rakan seks (samada wanita punya atau rakannya) : kelakuan ini dapat merebak
      jangkitan, terutamanya virus (virus papilloma dan virus herpes). Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang
      tidak melakukan seks (tidak berlaku antara rahib perempuan).
    - merokok.

b) Kanser korpus:
    - tidak mengandung;
    - obesiti;
    - Tamosifen: mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Sebaliknya, pil kontraseptif mengurangkan risiko, bahkan 5 tahun selepas berhenti mengambil pil. Progesteron melindungi rahim.

3) Perkembangan:

Kanser serviks mengakibatkan peringkat "pra-kanserus": ia senang dikesan oleh ujian Pap: ujian ini mudah dilakukan oleh Doktor: spekulum diselit masuk ke vagina, spesimen dari mukosa, ujian oleh pakar patologi. Kanser berkembang dari korpus, serviks, nodus limfa, pelvis, pundi-pundi kencing, rektum, dan lain-lain bahagian tubuh.

4) Simptom:

- susah atau sakit semasa kencing;
- sakit pada bahagian abdomen;
- pendarahan:
- serviks: pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks dan/atau pendarahan bukan masa haid.
- korpus: sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid.

5) Diagnosa:

- serviks: - Pap smear dan teknologi "bright light" yang terkini dipanggil spekuloskopi dilakukan serta-merta
  selepas Pap ; - biopsi;
- pemeriksaan pundi kencing dengan sistoskopi, urografi.
- korpus: - histerografi (X rays di dalam kaviti) ; - ultrasound; - histeroskopi; - biopsi.
- ujian petanda tumor: SCC , Cyfra 21-1.

6) Rawatan:

bergantung kepada saiz, peringkat dan gred penyakit tersebut.
- terapi hormon;
- surgeri : pembuangan rahim (histerektomi);
- radiasi: radioterapi diguna sebelum surgeri untuk menyusutkan tumor sebelum ia dapat dibuangkan.
  Radiasi dilakukan samada di luar (radiasi bertumpu pada tumor), atau di dalam (letakkan radioaktif di
  vagina untuk beberapa hari), kadang-kala kedua-dua cara digunakan.

7) Rawatan susulan:

selalu membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada perubahan kesihatan.
- kadar mengubati serviks adalah tinggi : dekat sehingga 100%, bila tumor dirawat pada peringkat mikroskopik ;
  80-85% bila belum merebak ke luar serviks; adalah susah untuk membuat rawatan bila tumor sudah merebak ke
  bahagian lain.
- korpus: pemeriksaan klinikal, ultrasound.
Bagi kedua-dua serviks dan kanser korpus, petanda tumor adalah ujian penting.

8) Pencegahan:

- serviks : seks yang selamat: kondom digunakan untuk megurangkan risiko; Ujian Pap yang sistematik :
  dijalankan pada umur  20, 21, kemudian setiap 3 tahun. Ujian ini tidak perlu selepas umur 55 (dengan keadaan
  dimana ujian ini selalu dilakukan pada tahun yang lebih dahulu !)
- korpus: lakukan pemeriksaan klinikal dengan segera jika ada sebarang pendarahan.
- jalankan ujian petanda tumor.


Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.

Wednesday, 13 July 2011

_kita sesama kita_

"jika hidupmu ingin selamat dari nista, agamau mulia dan hartamu terjaga. Jangan sesekali kaubuka rahsia peribadi seseorang. Kerna semua orang mempunyai rahsia peribadi, dan mereka juga mempunyai lidah.
Tetapi, jika kedua matamu terbelalak mencari keaibanmu, biarkanlah. Katakan saja: Hai mataku, ketahuilah bahawa semua manusia punya mata". Berkawanlah dengan manusia yang baik, tampakkan keramahan pada musuh dan layan lah mereka dengan baik.
Nilailah seseorang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya sewaktu ia menilai mu. sesiapa ppun yang datang dan berbaik-abik pada dirimu, sambutlah dengan hati yang lapang dan sesiapa sahaja membenci dirimu layanlah baik-baik. Ingat selalu,...kembalilah kepada Tuhan yang Esa kerana segala sesuatu yang datang kepadamu berasal dariNya."

Nukilan 15/07/2011
manja_nining_carnine.

Posted by Picasa

sahabat...

"nilai sebuah ikatan bukan sahaja memiliki jasadnya tetapi nilai sayang itu akan lebih bahagia andai memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan...setiap persahabatan jangan di cemari dengan dendam yang berpanjangan...meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang,..dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya...ku cari.. cinta yang tak pernah melukai...cinta yang tak pernah memungkiri kata hati...."

dari kata seorang sahabat,
MR.madah
bluesselamanya.blogspot.com












<----rossa aniezah/makeover
Posted by Picasa

Monday, 11 July 2011

" keindahan pelangi adalah keindahan wajah mu...... kemulusan hati tertakluk dari keelokan peribadi..... tampilkan diri mu dengan keayuan asli anugerah dari Illahi. Kadang kala, kita terlupa sebenarnya diri kita amat berharga. Serlahkan diri mu.... yakin dan percaya pada diri, semuanya ada dalam genggaman kita....."
Posted by Picasa